WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARIPADA BIDADARI SYURGA
Dari Abdullah Bin Amr Al-Ash r.a,Rasullah saw bersabda:
"Dunia adalah perhiasan.Sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah".
( H.R Muslim,Ibnu Majah Dan Nasai )
Daripada Ummu Salamah,isteri Nabi SAW:
katanya( di dalam sebuah Hadis yang panjang:Aku bertanya ,"Wahai Rasullah ! Adakah wanita di dunia ini lebih baik atau bidadari? " Baginda menjawab , " Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin " .Aku bertanya lagi, " Wahai Rasullah ! Bagaimana itu boleh berlaku ? " Baginda menjawab , " Dengan solat , puasa dan ibadat mereka kepada Allah ,Allah SWT akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian baju hijau dan berperhiasan kuning... ( hingga akhir hadis ) "
( H.R AL- TABRANI )
SELAMAT BERAMAL
* ___ *
P/S: buku nasihat ibu bapa untuk puterinya yang bakal bernikah
1 KONGSI HATI ..KONGSI RASA:
wanita hiasan dunia .. seindah hiasan adalah wanita solehah .
semoga kite tergolong dalam ciri2 wanita yg solehah =)
Catat Ulasan