UMI BIRTHDAY...


WALID BIRTHDAY..


Tazkirah Jumaat

 * KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH *

Amalan 2x  untuk merebut pahala

  • Menunaikan ibadah haji dan Umrah yang merupakan sebaik-baik amalan." Sabda Rasullah: " Satu Umrah ke U,rah yang lain menghapuskan ( DOSA ) yang di lakuakn di antara keduanya dan haji yang baik  ( di terima ) tiada baginya balasan melainkan Syurga ".

  • Takbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya , Firman Allah yang bermaksud : "  ( Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum ) ". hari2x tersebut di jelaskan sebgai sepuluh hari di bulan Zulhijjah.
  •  Berpuasa pada hari2x etrsebut atau sekadar kemampuanya terutama pada hari Arafah.Tidak di nafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah sebagaimana yang di nyatakan dalam Hadith yang berbunyi ".. Puasa itu adalah bagiku dan Akulah yang membalasnay,dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumanya semata-mata keranaku "...
  • Bertaubat dan meninggalkan segala dosa , semoga amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan etrhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah pinca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. 
  • Amalan soleh  ( baik ) terutama amalan2x sunat tambahan seperti solat sunat , bersedekah , berjihad , membaca al-quran , menyeru kepada kebaikan , mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan di gandakan pada hari-hari tersebut.
  • Di syriatkan bertakbir pada bebrapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardhu solat lima waktu yang di kerjakan secraa berjamaah.
  • Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah , menunggu mendengar khutbah yang di baca oleh imam selepas solat tersebut supaya emndapat pengajaran darpadanya.
  • Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah , berzikir , bersyukur , menunaikan perintahnya , mendekatkan diri kepadanya , semoga mendapat rahmat dan keampunan darinya.
  • Di syariatkan amalan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada hari Raya Haji dan hari2x Tasyriq ( 11 , 12 dan 13 Zulhijjah ).

"    orang ynag bahagia akan selalu menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana MEMBACA itu sumber hikmah , menyediakan waktu untukKETWA kerana TAWA itu muzik jiwenya , menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana BERFIKIR  itu pokok kemajuan , menyediakan waktu untuk BERAMAL kerana BERAMAL itu pangkal kejayaan , menyediakan waktu untuk BERSENDA kerana BERSENDA itu membuat MUDA selalu dan
 menyediakan waktu BERIBADAH itu adalah IBU dari segala ketenangan jiwe ...."

SELAMAT BERAMAL 
* _____ *



kredit : dara.com

Mya El Qayreena with Walid...

Mya El Qayreena with Walid...

Mya El Qayreena with Umi...

Mya El Qayreena with Umi...