NasiHat IBu BaPa UnTuk AnakNya YaNg BakaL MenJadi PerMaisuri SeHaRi
Wahai Puteriku,jagalah baik-baik 10 perkara,kelak kamu akan memiliki Perbendaharaan Rumahtangga:
( B )
1 - Temanilah suamimu dengan sifat QANA'AH ( terima seadanay ).Hormatilah dia dengan menggembirakannya dan berikanlah kepuasan kepadanya.
2 - Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.
3 - Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu itu melihat sesuatu yang buruk padamu.
4 - Awasilah hidungnya jangan samapai suami mu mencium bau kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.
5 - Jagalah baik-baik waktu tidur suamimu,jangan sampai tidurnya terganggu kerana ia membawa kemarahan.
6 - Jagalah baik-baik waktu makannya,jangan samapai dia lapar kerana lapar itu menimbulkan kemarahan.
7 - Jagalah baik-baik harta benda suamimu dengan cermat dan aturkan perbelanjaan keluar masuk harta atau wangnya dengan sebaik-baiknya.
8 - Jagalah baik-baik anaknys,keluarga dan pembantu rumahtangga suamimu dengan sebaik-baiknya.
9 - Jangalah melawan dan menderhaka perintah suamimu kerana perkara itu akan menyedihkan hatinya.
10 - Janganlah kamu membuka rahsia suamimu kerana membuka rahsia,kamu tidak akan terselamat darinya.
SELAMAT BERAMAL
* __ *
KREDIT:
BUKU NASIHAT IBU BAPA UNTUK ANAK PUTERINYA YANG BAKALA BERNIKAH